La Praise - Hebat!

LA PRAISE TM Switzerland

Rahsia Mengekalkan Muda Terbongkar
Ahli2 sains percaya bahawa Sel Induk Tumbuhan (PLANT STEM CELLS) berkongsi ciri-ciri yang sama dengan sel induk manusia dan dpt melanjutkan keremajaan serta melambatkan tanda2 penuaan kulit. Revolusi teknologi ini melindungi kulit daripada tekanan persekitaran dan kemunculan kedutan. Dengan ini menjadikan wajah kulit kelihatan muda & berseri.
Oleh itu, diperkenalkan satu rangkaian produk penjagaan kulit sempurna yang sesuai untuk semua demi memperbaharui keseluruhan tekstur, ton dan ketegangan kulit. Penggunaan teknologi terkini memastikan hanya produk terunggul diperkenalkan untuk membantu kulit anda tampak muda dan anjal. Ianya terdiri daripada :

Soothing Cleansing Gel (50ml)
Mulakan hari anda dgn wajah kulit yg muda dgn menggunakan pembersih muka yg diformulasi dgn sel induk tumbuhan & antioksidan. Ia membantu menyingkirkan kototran yg terkumpul dlm pori2 kulit, meninggalkan kulit anda rasa segar, licin & berseri selepas guna.





Soothing Toner (50ml)
Toner yg ditambah dengan ektrak licorice, chamomilla dan pati tumbuhan untuk membantu kulit anda mencapai tahap keseimbangan & menghidrasi. Ia mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.







Sun Protector SPF 30 PA+++ (15ml)
Perlindungan SPF 30 PA+++ melindungi kulit anda daripada bahaya sinaran UV. Kandungan rice germ oil dan squalane (zaitun) memastikan kulit anda lembap sepanjang hari.






Night Renewal (15ml)
Memperkayakan kulit anda pada waktu malam dgn gel yg diformulasikan khas drpd kolagen marin, betaglukan & antioksidan utk melembap & membantu melewatkan kemunculan tanda2 penuaan. Penggunaan yg konsisten menjadikan kulit anda kelihatan muda & berseri.





Eye Lifting Gel (15ml)
Formulasi khas untuk menghilangkan garis2 halus, lingkaran di bwh & sekeliling mata. Produk ini ditambahkan asid askobik (vitamin C) untuk melembap, menegang dan mengembalikan keremajaan kulit di sekeliling mata.




Soklan2 biasa tentang La Praise.....

1)     Adakah La Praise sesuai untuk golongan lelaki?
        Ya. La Praise sesuai untuk semua jenis kulit. Oleh itu, kaum lelaki juga boleh menggunakan produk ini.
2)     Apakah kuantiti La Praise yang perlu saya gunakan?
        Anda digalakkan supaya menggunakan 1 set La Praise dalam masa 3-4 minggu untuk mencapai kesan     
        yang optimum.
3)      Apakah jaminan kualiti produk La Praise?
i)
Menguji keselamatan setiap jenis bahan mentah supaya bebas daripada bahan kimia yang tidak dibenarkan seperti hydroquinone, tretinoin, merkuri, steroid dan hormon sintetik.
ii)
La Praise adalah produk halal.
iii)
Bebas daripada ujian terhadap binatang.
iv)
Tanpa minyak bahan galian (mineral oil). Hanya minyak daripada sumber tumbuh-tumbuhan digunakan.
v)
Tanpa natrium laurel sulfat (SLS) yang mungkin mengakibatkan alahan kulit.














4)   Bolehkah produk La Praise dicampur dengan jenama produk penjagaan kulit yang lain?
      Tidak digalakkan kerana kandungan produk lain mungkin mempengaruhi kesan La Praise, atau  
      membawa kesan sampingan yang tidak diingini.

5)   Bolehkah mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berminyak menggunakan La Praise?
     Ya. Kandungan botanik semulajadi La Praise tidak membahayakan kulit. La Praise tidak menyebabkan 
     kerengsaan, malahan ia memulihkan dan memperbaiki sel kulit yang rosak. Kandungan sel induk tumbuhan 
    La Praise tidak mempunyai antigen, dapat meresap ke dalam semua lapisan kulit dan terus merangsangkan 
     pembinaan sel baru.

6)   Mengapakah kita harus memilih La Praise sebagai produk penjagaan kulit asas (basic skin 
      care product)?
      La Praise menggabungkan sumber alam semulajadi dan teknologi sains, iaitu sel induk tumbuhan dan 
      antioksidan. Produk ini menyihatkan kulit dengan merangsang pembentukan sel kulit baru, mempercepat 
      pemulihan dan pembaharuan sel kulit yang rosak.
     Tambahan pula, La Praise menggunakan 2 jenis sel induk tumbuhan, iaitu Swiss Apple dan Samphire 
     yang amat berkesan untuk mengurangkan kedutan dan melambatkan penuaan kulit. La Praise sesuai untuk
     semua jenis kulit, selamat, tidak memudaratkan kulit dan senang digunakan.

7)    Berapa lama kita boleh melihat kesan pembaikan kulit selepas menggunakan La Praise?
     Wajah anda menjadi lebih cerah, tegang dan putih setiap kali selepas menggunakan La Praise. Setiap 
     orang akan mengalami kesan yang berlainan. Keadaan ini disebabkan perbezaan kulit setiap individu. 
    Antaranya kelebihan-kelebihan yang anda perhatikan adalah muka menjadi lebih licincerahsegar dan 
    anjal. Dalam masa 28 hari, kedutan di sudut mata semakin berkurang, kulit muka menjadi kian anjal, lebih 
    licin dan tegang.

Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan tersebut juga bergantung kepada tahap penerimaan kulit terhadap La Praise.

Sebelum penggunaan La Praise, jikalau kulit anda telah mengalami masalah jerawat yang serius, hyperpigmentasi, penuaan kulit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, salah guna produk yang mengandungi bahan kimia yang tidak dibenarkan dan kerosakan oleh sinaran cahaya matahari, masa yang diperlukan untuk melihat kesan-kesan pembaikan akan menjadi lebih panjang.

LA PRAISE SOOTHING CLEANSING GEL
1)      Bolehkah saya menggunakan Soothing Cleansing Gel lebih daripada dua kali sehari?
Cara betul untuk mencuci muka adalah dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan waktu malam. Jika anda perlu membersihkan muka sebelum sembahyang atau atas sebab-sebab yang tertentu pada waktu petang, anda boleh berbuat demikian sekali pada waktu petang, tetapi tidak lebih daripada tiga kali.

Jika kerap mencuci muka, lapisan perlindungan lembapan pada kulit akan termusnah. Selepas menggunakan Cleansing Gel, semburkan Soothing Toner dan Sun Protector.

2)      Jika bersolek, bolehkah saya hanya menggunakan La Praise Soothing Cleansing Gel untuk membersihkan muka?
Tidak. Sesiapa yang bersolek perlu membersihkan muka dua kali ("double cleanse"). Mula-mula, gunakan "make-up remover" untuk membersihkan bahan kosmetik dan bilas dengan air. Kemudian diikuti Soothing Cleansing Gel untuk membersihkan muka sekali lagi. Langkah-langkah ini memastikan muka anda bersih daripada sisa-sisa kosmetik yang boleh menyumbat liang-liang pori kulit sehingga menyebabkan jerawat dan merosakkan sel kulit.

3)      Mengapakah Soothing Cleansing Gel tidak banyak berbuih? Saya rasa muka tidak bersih jika tidak menggunakan pembersih muka yang banyak berbuih.
pH kulit yang normal adalah berasid lemah. Pembersih muka yang banyak berbuih menjadikan pH kulit cenderung kepada alkali. Pembersih beralkali tinggi mungkin merosakkan lapisan perlindungan lembapan.

Soothing Cleansing Gel dengan tekstur yang lembut dan tidak banyak berbuih adalah dirumus khas supaya lebih hampir dengan pH kulit yang normal. Ia mengembalikan keseimbangan pH kulit untuk melindungi lapisan perlindungan lembapan kulit.

LA PRAISE SOOTHING TONER
1)      Bolehkah saya menggunakan Soothing Toner lebih daripada dua kali sehari?
Ya. Soothing Toner dalam bentuk semburan ("spray type") membolehkan anda menyemburkannya pada muka bila-bila masa sahaja mengikut keperluan supaya membantu menghidrasi kulit.

2)      Bolehkan saya menyemburkan Soothing Toner pada muka yang bersolek?
Ya. Anda boleh terus menyemburkan Soothing Toner pada muka yang bersolek. Kemudian, tepukkan muka secara lembut dengan hujung jari sehingga toner diserap sepenuhnya.

Kosmetik boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan menyumbat liang-liang pori. Sebaliknya, Soothing Toner membantu menghidrasi kulit setelah bersolek dan menyegarkannya.

LA PRAISE SUN PROTECTOR SPF 30 PA +++
1)      Apakah cara yang betul untuk menggunakan Sun Protector?
Sun Protector harus digunakan kira-kira 30 minit sebelum terdedah kepada sinaran cahaya matahari supaya sel kulit boleh menyerap bahan perlindungan matahari dan membentuk satu lapisan perlindungan terhadap sinaran UV.

Anda seharusnya menggunakan Sun Protector setiap kali selepas mencuci muka. Jika bekerja atau menjalani aktiviti di luar seperti bercuti di tepi pantai, anda harus sapukan Sun Protector setiap dua jam.

2)      Mengapakah siri penjagaan kulit La Praise tidak mempunyai pelembap dan hanya menggunakan Sun Protector pada waktu pagi?
Sun Protector mengandungi rice germ oil, vitamin E, vitamin A dan zaitun ("squalane") untuk melembapkan kulit sepanjang hari.

3)      Kulit yang berminyak tidak memerlukan pelembap kerana kulit akan menjadi lebih berminyak.
Ramai orang mempunyai tanggapan silap bahawa kulit yang berminyak tidak memerlukan pelembap. Sebenarnya, kulit mesti mempunyai kandungan minyak dan air yang tertentu supaya berfungsi baik. Kekurangan salah satu daripadanya mengakibatkan kulit menjadi tidak sihat dan menimbulkan masalah kulit kering dan sensitif.

Justeru, kulit yang berminyak masih memerlukan pelembap, tetapi gunakan pelembap bertekstur ringan, tanpa minyak dan tidak komedogenik. Sun Protector tidak menyumbat liang-liang roma dan sesuai digunakan.

4)      Bolehkah saya menggunakan Sun Protector untuk kulit jenis berminyak?
Ramai yang mempunyai kulit jenis berminyak tidak berani menggunakan Sun Protector kerana silap anggap bahawa ia menjadikan kulit lebih berminyak. Kulit yang tidak dilindungi oleh Sun Protector akan mengalami penuaan yang cepat, masalah kulit terbakar dan menjadi sensitif.

Anda boleh memilih Sun Protector tanpa minyak, tidak komedogenik dan mengelakkan produk Sun Protector dengan nilai SPF melebihi 30. Oleh itu, La Praise Sun Protector SPF 30 PA +++ amat sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak menyumbat liang-liang pori.

5)      Bolehkah saya menggunakan Sun Protector di sekeliling mata untuk melindungi kulit di sekitar mata daripada bahaya sinaran UV?
Anda boleh menggunakan Sun Protector ini dalam kuantiti yang sedikit untuk membentuk selapisan nipis supaya melindungi kulit di sekeliling mata daripada bahaya sinaran UV.

LA PRAISE NIGHT RENEWAL
1)      Bolehkah saya menggunakan Night Renewal di sekeliling mata?
Tidak. Kulit di sekeliling mata paling halus dan nipis. Oleh itu, pengguna perlu menggunakan Eye Lifting Gel yang diformulasi khas untuk kulit di sekeliling mata. Jika pelembap yang tidak sesuai digunakan, biji-biji minyak mungkin muncul di bahagian bawah mata.

LA PRAISE EYE LIFTING GEL
1)      Mengapakah kita harus menggunakan eye gel di sekeliling mata?
Kulit di sekitar mata adalah paling halus dan nipis jika dibandingkan dengan kulit pada bahagian muka yang lain. Eye gel yang direka khas untuk kulit di sekeliling mata lebih mudah diserap dan tidak menyumbat liang-liang pori. Jika menggunakan pelembap muka di sekitar mata, biji-biji minyak mungkin muncul kerana pelembap muka akan menyumbat liang-liang pori di sekitar mata.

Harga RM420.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...