Monday, 31 December 2012

HAPPY ANNIVERSARY 10-th

Kepada suamiku,
Isterimu ini belum lagi sempurna buatmu seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah dan isteri-isteri Rasulullah SAW serta para sahabat.

Belum punya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi suka duka alam perkahwinan. Lantaran itu, kata-kata yang mengguris perasaan  selalu terluah dek tak tertahan dugaan yang kadangkala datang menjengah. Ampunkanlah isterimu ini wahai suamiku. Kerana gentar juga diri ini andai tak tercium bau syurga. T_T

Wahai suamiku..
Di hari ulangtahun perkahwinan yang ke 10 ini, ingin isterimu ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segala-galanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita.

Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin…

SELAMAT TAHUN BARU 2013



Selamat Tahun baru kawan2.... Jom mulakan tahun baru ni dengan azam baru...semoga diri kita ini menjadi insan yang lebih baik dari thn lepas... Walaupun meningkat usia, moga Allah beri kita kesihatan, tenaga dan ruang waktu yang lebih buat kita. Juga semoga hanya yang baik2 sahaja datang kepada kita semua, yang tak baik semuanya menjauh... Segala-galanya mudah bagiMu, kau izinkan Ya Allah...

AZAM TAHUN 2013
(Dari Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah)
#  Doa sungguh-sungguh,
#  Murnikan hati agar tarik hidayah Allah,
#  Fikir secara positif sebab fikir itu doa,
#  Lakukan setiap tindakan dengan terbaik,
#  Jaga ibadah dengan sempurna,
#  Cari kawan yang dapat membantu mencapai azam,
#  Penampilan yang anggun,
#  Cari guru atau mentor yang dapat bimbing
#  Bentuk budaya diri yang cemerlang,
#  Berterusan cari ilmu
#  Nilai & ubahsuai azam jika perlu,
#  Seimbangkan hidup, rumahtangga, tempat kerja/ sekolah, BIZ dan masyarakat,
#  Lakukan dengan istiqamah selama 40 hari utk jadi tabiat,
#  Redha & syukur atas setiap pencapaian
 

Monday, 10 December 2012

Smart Teen Programme


Program Smart Teens Johor Bahru - Mind Programming & NLP Asas. Mencipta Keajaiban Staight A dengan 'Minda Harimau'. Straight A bukan hanya Akademik tapi juga Akhlak, Anak Soleh/ah, Ashabi (sahabat) yang baik & Abang /Adik/'Akak'.....
 
 


 
 
 Jom hadiahkan kepada anak anda program terbaik dan termurah utk Remaja dr Smart Tycoon Community

Terhad kepada 100orang shj..(hanya tinggal 20 tempat kosong di KL)...

Cepat bertindak! Jgn lepaskan peluang! Hanya RM70/seorang, sekiranya mendaftar 3 org berkumpulan, hanya RM50/orang! (umur 11thn-17thn)

Fast Action Fast Result! JOMMM!! 
Antara testimonial lain dr Smart Teen Batu Pahat 5 Dis 2012;

1) Sy mendapat banyak ilmu baru, formula yang sangat berguna untuk belajar tanpa stress. Dapat tips untuk cepat di makbulkan doa. Saya berharap program ini akan di adakan selalu.~ Nur Amirah

2) Saya rasa sangat bertuah kerana dapat pergi prog ni. Ingat program ni tak best, rupanya saya salah sb program ni mmg best. Dan Jiha rasa semua pelajar patut pergi ke program ni. Sebelum ni Jiha seorang yang negatif, then harini baru tahu kesannya dan insyaAllah tukar sikit demi sikit jadi positif . ~ Nur Fatin Najihah binti Noor Hisham

3) Dapat belajar tentang cara2 untuk berjaya. Komen sy - program ini adalah yang terbaikkk!! ~ Ungku Nur Amirul Siddiq bin Ungku Mohammad Ali

4) Sangat seronok dan gembira dan rasa program ini sangat bermanfaat dan berguna kepada saya. Dengan program ini, saya rasa lebih berkeyakinan tinggi... saya suka program ini... Nurul Wahidah bt Saharuddin

5) Program yang bagus kerana dpt meningkatkan kekuatan dalaman dan membina impian dari kecil. Saya mengharapkan program seperti ini akan diadakan lagi di masa akan datang. ~ Muhammad Raihan bin Mohd Johari

First Come First Serve...:)
 
Lokasi KL: Bandar Saujana Impian, Kajang.

Tarikh: 15 Disember 2012 (Sabtu)

Our Children Our Future Leader!!!

Monday, 3 December 2012

Kolagen PENTING untuk kesihatan tubuh badan kita ..

Kolagen bagus untuk kulit . Ianya membantu mengembalikan keremajaan kulit dan seterusnya mencantikan kulit . Kolagen ialah ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda dan menjadi pilihan utama wanita pada masa kini. Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit. Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen

Apa pendapat mereka;

Oleh Sulia Sukardi-
kolagen amat bagus khasiatnya terutama unutk wanita sama ada untuk golongan yang hamil.tua atau pun muda. Khasiatnya dipercayai dapat merawat tubuh badan,menyihatkan badan,dapat memberikan tenaga,dapat merawat wajah. Selain itu amalan mengamalkan kolagen juga amat bagus kerana produknya di jamin oleh kementerian kesihatan.

Oleh kin_san82-
Kolagen marin adalah pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan kolagen tambahan tubuh manusia. Gabungan Kolagen marin + vitamin C + vitamin E membawa faedah - faedah berikut:
- menambah baikkan keadaan kulit, tulang, gigi, kuku dan rambut
- meningkatkan ketegangan dan keknyalan kulit
- mengurangkan kedutan dan garis halus
- mengekalkan kelembapan kulit
- membantu penyembuhan luka dan mengurangkan parut
- memberi kesan anti penuaan
- meningkatkan penhasilan kolagen
- mencantikkan dan mencerahkan kulit
- mencantikkan bentuk badan
- kelihatan lebih muda

Oleh Mohammad bin Jusoh -
Kolagen adalah salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Keberadaannya adalah kurang lebih mencapai 30% dari seluruh protein yang terdapat di tubuh. Dia adalah struktur organik pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Kata kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang artinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat).

Jika anda mengambil kolagen untuk membaiki kecederaan tulang, anda seharusnya mengambil kolagen beserta glukosamin. Jika anda berminat untuk penjagaan muka ambilah kolagen yang tidak bercampur glukosamin

Pengambilan kolagen 5-6gm sehari adalah cukup untuk kecantikan atau pemulihan kecederaan tulang. Pengambilan kolagen yang tidak teratur menyebabkan hasilnya tidak kelihatan.Collagen mudah larut dalam air dan menyerap cepat dalam badan.

Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Lebih dari 71% protein dalamsel-sel kulit terdiri dari kolagen, di mana berkait rapat dengan pertumbuhan,pemulihan dan nutrisi kulit. Sebagai tambahan, kolagen mempertingkatkanpenghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkandan membuat kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkankedutan dan mencegah proses penuaan. 

 BB PLUS pilihan BIJAK.... TERBAIK....

SMS CDM Echa 4 for info 
@
016 760 4734
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...