BERPALING DARI JANNAHMU
Cerita "Berpaling dari Jannahmu" malam tadi di Astro Prima sangat menyentuh perasaan keibuan aku.Kredit kepada pelakon cilik Mia Sara yg sgt comel & berbakat nie coz lakonan dia yg mantap di samping pelakon2 yang memang hebat iaitu Ogy Ahmad Daud & Nasir Bilal Khan.
Ianya mengisahkan seorang ibu yang agak cerewet & amat mementingkan kesempurnaan sehingga menyebabkan anak kesayangannya terkorban. (aku pun agak cerewet jugak tp xder lah sampai pukul anak sbb x dengar arahan... Ada gak dialog2 citer tu yg hampir sama mcm yg aku selalu bebelkan... huhu)
Dlm drama ini banyak memberikan pengajaran. Contohnya, kita kena berhati2 dengan apa yg diminta kerana doa seorang ibu senang dimakbulkan oleh Tuhan. Jadi secara tak langsung drama ini memberi pengajaran & peringatan kepada seorang ibu bahawa kasih sayang ibu tidak semestinya sempurna. Tetapi tidak akan ada kasih sayang sesempurna kasih seorang ibu kepada anaknya.
Sape2 yg x dpt tengok citer ni kalu ada ulangannya jgn lepaskan peluang. Cuba hayati cerita ni nanti..
Aku yang x bole tahan bila ada lagu iringan Uji Rashid ni... "Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu' kompem air mata aku akan meleleh tanpa ditahan2.... sedih beb, aku dok terpikir kalu lah insiden mcm ni berlaku pada aku..... sob...sob..sob...
No comments:
Post a Comment