Tuesday 31 May 2011

Lagi cerita tentang Bio Ever

Semalam aku dpt kol dr sorang sahabat mintak hantarkan sebotol krim Bio Ever. So masa aku jumpa sahabat tu aku pun tanya, "Macamaner kak, sape nak pakai krim nie??" Akak tu jawab, abang Mie.. ari tu masa memula akak beli kan akak ada citer pasal abang Mie yg x bole nak buang air besar. So akak mintak dia sapu kt perut mcm sapu minyak panas dia gosok kt perut dia tue. Besok nya jer... dia dah ok dah senang buang air besar then dia mcm perasan yg perut dia dah kempis...
Kadang2 masalah perut buncit ni adalah disebabkan oleh kite x membuang kerap...so dia naik kt tang perut... eh ye ke?? Betullah tu... kite makan hari2 tp kadang2 kite x 'buang' hari2... ada org 2,3 hari baru buang... so masalah2 tu semua tersimpan kt dlm usus perut kite..........
 So... bukan org perempuan je ada masalah 'spare tyre' ni... orang lelaki pun ada ye x??? hehehe...

Satu lagi testimoni..... sahabat saya ni mempunyai masalah jerawat pd muka yg agak serius jugak. kalu tengok muka dia x pernah x der bintik2 jerawat tue... dia kata mmg dari dulu mcm nie. Disebabkan oleh masalah jerawat ni muka dia nampak kemerah-merahan & kusam sedikit... Pada hari pertama dia menggunakan krim Bio Ever dia kata dia sapu satu muka... & besoknya dia bangun tido dia perasankan muka dia terang @ cerah jer... dan jerawat semakin kering & menyusut... Nanti saya cuba dapatkan gambar dia & letak kt blog nie....

Monday 30 May 2011

Kenangan ku di KOREA...

Citer korea yg aku terjebak tengok masa muda2 dulu (sebelum kawen) adalah WINTER SONATA ngan ada satu lg citer pastu, aku x hingat pulak tajuknya. Ada sesape bole tolong remind me???

Citer yg ke2 tu pasal adik beradik kalu x silap aku... tp jln citer lebih kurang jer. X bole x tengok, so setiap hari on that time dah tercongok depan tv. hehehe....
Ngan baju kebangsaan org Korea
Tahun 2008 aku dpt tiket FREE, melancong zero cost ke KOREA bersama rakan2 seperjuangan...1st time ikut trip ngan kompeni, mmg best giler.... jalan, makan, jalan, makan. That time merupakan satu sejarah buat negara KOREA sbb paling ramai tourist Islam dtg ke tempat diaorg iaitu seramai 800++ org.
Kitaorg belajar buat 'kimchi' pastu gi kampung asal org korea dulu2... dan acara paling utama adalah bershoping..Cuaca sejuk time tu tidak menghalang kami berjalan2 mencuci mata & mencari souvenier utk dibawa pulang. Kalu tngok org tua2 kt sana, atas pakai baju tebal segala,tapi part bawah depa pakai skirt jer... perghhh kaki x beku tue...
Mmg satu pengalaman yg best sbb aku dpt eksen bermain salji... time tu aku peknen 4 bulan. Kira si Amir ni dah ikut aku ke negara Korea lah ek... hahaha
Syukur sesangat.... pasni kitaorg nak gi Italy...sape nak ikut bole lah follow kami SMART TYCOON... :)

Sunday 29 May 2011

Bujang Sepah Silalitamplom...2011

Korang pernah x tngok slot citer ni kt tv... kira macam drama bersiri lah. Anak aku yg kecik "Amir Danish" sgtlah suka akan cerita ini... bila kuar jer gazet citer ni walau dimana dia berada, kompem cepat2 dia berlari ke dpn tv. Hehehe... penangan bujang sepah!!
Yang best nya citer nie... depa bertiga kena cari berlian yg ditinggalkan oleh nenek moyang dia sebanyak 12 biji... setiap kali depa pegi tempat2 yg dituju mcm2 hal berlaku. Aku paling suka part depa terpaksa belajar silat coz berlian tu ada kt umah tok guru silat tue... ayat jampi yg di ajar, anak2 aku semua hafal...

hijau, hijau si daun pokok,
biru langit biru lah laut,
hajat kami jgn di sogok,
apa dicipta mestilah kaut...



Saturday 28 May 2011

Keranamu Laila...

Cuba - Aidil
Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba untuk berserah
Cuba dan cuba untuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba untuk berserah
Cuba dan cuba untuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba untuk berserah
Cuba dan cuba untuk percaya - ulang 2x

Wednesday 25 May 2011

Kelas KWIK MAndarin pertama ku...

Semalam aku belajar Pinyin-KWIK mandarin buat pertama kali nya secara berguru... dgn Eri Laoshe @ nama penuh Mr. Zuraihi. Memula tu cam malas jer nak masuk kelas tu kan, tp ntah mcmaner pg tu di tiupkan semangant utk membuat satu perubahan, nk tambah 1 lg bahasa... bila dah join kelas.. best pulak laoshe ni mengajar dgn selamba nyer!!!

Bahasa mandarin ni kalu nak kuasai nya kena bykkan mendengar, mengulang & buat latihan...baru betul2 bole 'master'. Byk pulak tu frasa yg nak kena tau. Smlm jer aku dah belajar nombor dr 1 - 9,999,999.99 bole percaya x??? hahaha....

Antara frasa2 yg aku belajar semalam :
1.    Nihao @ Ninhao (Selamat sejahtera)
2.    Shieshie (terima kasih)
3.    Cai cien (jumpa lagi)

Lagu Happy Bday...
cu ni shengrekhuaile
cu ni shengrekhuaile
cu ni shingfu, cu ni cienkhang
cu ni chienthu kuangming



cu ni shengrekhuaile
cu ni shengrekhuaile
cu ni shingfu, cu ni cienkhang
you ke wennuan ciathing

Monday 23 May 2011

Al- Fatihah...

Gambar ini di ambil beberapa ketika sebelum kejadian tanah runtuh membabitkan anak-anak yatim & pelajar Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.. lihatlah wajah jernih mereka.. moga Roh mereka yg. t'korban di cucuri Rahmat.. Al-Fatihah...


Sedih baca cerita diaorg nie sebelum & semasa kejadian... kalu tngok video yg di siarkan lagi menyayat hati.... sape nak jangka pengakhiran kehidupan kite berakhir dgn tragedi macam ni. So selagi nyawa di kandung badan... sentiasa lah beringat akan mati seolah2 kite akan mati esok hari....

Kenangan Jaman Sekolah... TIKL 94/95


Ni gambar kelas aku masa form 4 di Sek Men Teknik Kuala Lumpur (TIKL) - 4 Elektrik 2. Hanya ada 8 kuntum bunga antara kumbang2 yg nak belajor dlm pengkhususan bidang kejuruteraan yg baru diperkenalkan di sek teknik nie. Kalu kelas perdagangan lain pulak halnya, lelaki yg sedikit berbanding pompuan.
Tapi kan... kt Kelas E1 lagi lah cuma ada 3 org jer pompuan nya.... :-)

Aku pun x baper nak ingt sgt nama2 diaorg nie.... especially budak2 chinese... Byk kenangan aku ngan diaorg... selalu kena buli, kih..kih...kih... ketuanya 'Laloque' lah saper lagik...

Ni gambar kt majalah Teknika masa aku form 5. Design by Along Adeeb.... :)
wakil sek -Team Volleyball
Main volleyball coz nak cukupkan korum jer... xder lah pandai mana main games ni coz kepakarannya dlm permainan Netball. huhu.... tp kira okaylah tue dpt gak tempat ke-2 kalu x silap dlm Zon Pudu. 2 org pemain Asyiek & Intan terpilih main utk MSSM.

Ni gambar masa Pengawas wat Hi Tea kt Parkroyal.... thn ni kalu x silap aku 3 kali aku gi Hi Tea... ngan group pengawas sekali, pastu gi lagi ikut pengawas asrama kalu x silap & yg terakhir ngan team netball sbb kitaorg menang perlawanan ms main kt USM thn tue....syiok..syiok...

Saturday 21 May 2011

Te Zhi Bai Feng Wan @ Maharani





Memang sengaja x tulis citer panjang2 kt sini... nak tau lanjut sila klik di sini ya!!

Apa dia Resveratrol???

Resveratrol
Resveratrol untuk hidup lebih lama???
RESVERATROL, sejenis ramuan yang dijumpai dalam tumbuhan perubatan yang dikenali sebagai Polygonum cuspidatum (pokok Knotweed Jepun) boleh melanjutkan usia ragi sehingga 60 peratus, cacing 15 peratus, lalat buah 29 peratus dan tikus 31 peratus.
Kajian baru-baru ini juga menunjukkan Resveratrol mempunyai manfaat kesihatan berganda yang dapat membantu mengurangkan risiko beberapa jenis penyakit degeneratif (sakit kerana penuaan). Mengambil Resveratrol mungkin akan membantu anda hidup lebih lama dan lebih sihat.
Polygonum cuspidatum
Pada awal tahun 2006, para penyelidik Itali mendapati Resveratrol boleh melanjutkan jangka hayat ikan turquoise killfish sebanyak 50 peratus. Ikan Killfish hanya mampu hidup selama tiga bulan sahaja dalam peliharaan. Hasil kajian ini menunjukkan dengan menambahkan Resveratrol ke dalam diet harian ikan ini akan memanjangkan jangka hayatnya. Kajian terhadap ikan ini adalah amat menarik dan berguna kerana ikan, sebagai sejenis vertebrat, menduduki tangga yang jauh lebih atas berbanding ragi, cacing dan lalat buah dari segi perkembangan evolusi. Kajian ini juga menunjukkan Resveratrol memperlahankan perkembangan otot-otot ikan dan masalah memori ketika usianya meningkat.

Resveratrol: agen anti kanser
Penyakit kanser barangkali merupakan satu bidang yang paling dinamik dari segi penyelidikan ke atas Resveratrol. Resveratrol merupakan ubatan semula jadi pertama kerana bukti menunjukkan ia dapat menyekat ataupun menghentikan sama sekali beberapa peringkat penyakit kanser. Resveratrol telah dibuktikan dapat menentang penyakit kanser in vitro di semua ketiga-tiga peringkatnya iaitu permulaan, penggalakan dan kemaraan. Resveratrol bukan sahaja mencegah kanser, ia juga kini disyorkan sebagai rawatan tambahan. Institut Kesihatan Nasional (NIH, USA) kini sedang menganjurkan satu ujian klinikal untuk menyiasat keupayaan Resveratrol untuk menentang kanser usus besar.
Resveratrol baik untuk jantung dan saluran darah

Resveratrol didapati boleh membawa beberapa kesan potensi untuk melindungi jantung, termasuk:
* Peningkatan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) ataupun kolesterol baik yang melindungi daripada penyakit jantung.
* Mencegah lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas, kerana LDL yang dioksidasikan itulah yang membentuk plak-plak yang akan menyebabkan aterosklerosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.
* Menyekat penggumpalan platelet kerana Resveratrol mencegah sel-sel darah daripada melekat kepada satu sama lain dengan itu membentuk gumpalan. Gumpalan ini akan menyumbatkan saluran kecil pada jantung, dengan itu menyebabkan serangan jantung, ataupun jika tersumbat dalam saluran-saluran otak akan menyebabkan serangan angin ahmar.
* Menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida yang membolehkan saluran darah itu mengendur, dengan itu menghasilkan peningkatan aliran darah.

Pencegahan penyakit Alzheimer
Kajian juga menunjukkan Resveratrol mungkin dapat membantu mencegah atau meringankan penyakit Alzheimer. Salah satu ciri penyakit Alzheimer ialah pengumpulan plak di dalam otak. Plak ini terjadi disebabkan oleh apa yang dikenali sebagai “amyloid-beta peptides.”
Satu kajian makmal menunjukkan dengan memasukkan Resveratrol ke dalam sel-sel akan mengurangkan perembesannya dan juga menurunkan jumlah amyloid-beta peptides di peringkat sel. Resveratrol tidak menyekat pengeluaran amyloid-beta, tetapi sebaliknya menggalakkan kehancurannya dalam sel-sel. Meskipun masih di peringkat awal, namun penemuan ini menyarankan bahawa mungkin wujud peranan potensi bagi Resveratrol untuk menentang pengumpulan plak amyloid-beta dalam otak para penghidap penyakit Alzheimer.

Resveratrol: Manfaat-manfaat Lain
Kajian menunjukkan Resveratrol mempunyai banyak ciri-ciri kesihatan bermanfaat yang lain seperti:
* Antioksidan yang mujarab – menentang radikal bebas yang merosakkan
* Agen anti radang
* Mengurangkan gejala-gejala menopaus – perubahan perasaan, simbahan panas dan lain-lain
* Mengurangkan risiko menghidapi penyakit kencing manis.
bgmana antioksidan berfungsi/bekerja
Formula Resveratrol
Jika anda ingin mencari suplemen Resveratrol, carilah suplemen Resveratrol yang mengandungi ramuan tambahan Quercetin untuk memanjangkan masa tindakan perlindungan Resveratrol dalam badan kita dan untuk meningkatkan lagi penyerapan Resveratrol.
Satu lagi kelebihan daripada tambahan Quercetin dalam formula ini ialah Quercetin juga mempunyai beberapa ciri manfaat kesihatan yang sama seperti Resveratrol, iaitu anti radang dan antioksidan.

Jangan terlalu bergantung Resveratrol
Mengikut para penyelidik yang membuat penyelidikan ke atas Resveratrol, seseorang itu seharusnya tidak terlampau mengharapkan kepada suplemen ini untuk meningkatkan jangka hayat mereka sehingga enam kali ganda seperti yang dialami oleh cacing, ataupun 31 peratus sebagai dalam kes tikus. Walaubagaimanapun, adalah tidak keterlaluan bagi seseorang yang mula mengambil suplemen Resveratrol pada usia 50 tahun untuk mengharapkan penambahan umur sekurang-kurangnya sebanyak 10 tahun lagi kepada jangka hayatnya dan pada masa yang sama, dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Kebaikan daripada suplemen
Resveratrol ini ialah ia tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan buruk. Walaupun anda mungkin tidak dapat menambah 5, 10, atau 15 tahun kepada usia anda, meskipun kemungkinannya kecil, anda masih boleh mendapat manfaat daripada ciri-ciri Resveratrol yang telah terbukti keberkesanannya untuk mencegah begitu banyak masalah kesihatan.

Anda tidak perlu menunggu sehingga umur anda mencecah 50 tahun untuk menjadikan Resveratrol sebagai sebahagian daripada program suplemen harian anda. Anda sepatutnya memulakan pengambilan Resveratrol seawal usia 30 tahun untuk mengambil kesempatan daripada manfaat-manfaat kesihatan yang begitu banyak diperolehi daripada Resveratrol.



   
Dalam Bio Ever & La Praise ada sedikit bahan ini, sebab itu ia sangat sesuai pada semua peringkat usia tidak kira lelaki @ wanita..... :-)

Maklumat lanjut ada di sini

Thursday 19 May 2011

Kenapa saya suka tengok cerita hindustan???

iiKelakar x kalu saya kata saya ni suka sgt tengok citer hindustan...??? saya paling suka tengok cerita lakonan SRK yg dulu2 lah mcm citer Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ). Citer ni mmg best giler masa tue... syiokk sgt ngan sumer lagu2 dia... siap bole hafal lagi tuh.. hehehe. Hari2 dengar pun x per... x jemu.

Satu yg aku suka ngan video klip ni ialah sari yg kajol pakai...yg kaler purple tue. Cun beb!!! mmg kena ngan dia... Jatuh cinta aku!!! hahaha... :)

Lagu2 lain dlm citer DDLJ :
i) Na Jane Mere Dil Ko Kya Ho Gaya
ii) Mehndi Laga Ke Rakna
iii) Mere Khwabon Mein Jo Aaye
iv) Ruk Ja O Dil
v) Zara Sa Jhoom Loon

Pas citer DDLJ ni, kuar pulak citer Dil To Pagal Hai.... pastu citer Kuch Kuch Hota Hai... ,
Kabhi Kushi Kabhi Gham, Pardes, Mohabbatein & byk lagik... tp ni antara filem2 dia yg lagu nya best2.
Tp skrg byk filem2 hindustan yg dah x 'tangkap leleh'... dan aku pun dah jarang sangat follow citer2 terbaru yg kuar....
By the way.... I still love Hindi Songs... muaaahhhh..muahhhh...
BERPALING DARI JANNAHMU


Cerita "Berpaling dari Jannahmu"  malam tadi di Astro Prima sangat menyentuh perasaan keibuan aku.Kredit kepada pelakon cilik Mia Sara yg sgt comel & berbakat nie coz lakonan dia yg mantap di samping pelakon2 yang memang hebat iaitu Ogy Ahmad Daud & Nasir Bilal Khan.

Ianya mengisahkan seorang ibu yang agak cerewet & amat mementingkan kesempurnaan sehingga menyebabkan anak kesayangannya terkorban. (aku pun agak cerewet jugak tp xder lah sampai pukul anak sbb x dengar arahan... Ada gak dialog2 citer tu yg hampir sama mcm yg aku selalu bebelkan... huhu)

Dlm drama ini banyak memberikan pengajaran. Contohnya, kita kena berhati2 dengan apa yg diminta kerana doa seorang ibu senang dimakbulkan oleh Tuhan. Jadi secara tak langsung drama ini memberi pengajaran & peringatan kepada seorang ibu bahawa kasih sayang ibu tidak semestinya sempurna. Tetapi tidak akan ada kasih sayang sesempurna kasih seorang ibu kepada anaknya.

Sape2 yg x dpt tengok citer ni kalu ada ulangannya jgn lepaskan peluang. Cuba hayati cerita ni nanti..
Aku yang x bole tahan bila ada lagu iringan Uji Rashid ni... "Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu' kompem air mata aku akan meleleh tanpa ditahan2.... sedih beb, aku dok terpikir kalu lah insiden mcm ni berlaku pada aku..... sob...sob..sob...

Telatah anak2 ku...

Depa ni pantang kalu soh posing... xder nya nak dok cun2, gaya ultraman ada, gaya spiderman ada...macam2, hehehe


The three of them... Kak Yong, Awisy & Amir...

Ni nak panggil gaya aper ek??? roooaarrr.... (mengaummmm....)
Ni gambar budak paling encem, paling bijak & paling banyak wat 'peel'.... pening2 mummy!!! hahaha...
Mummy & babah pulak nak posing, bagi la can kan???. Tp awat ada tgn kt belakang tue....???? :-)

Wednesday 18 May 2011

Cerita Hangat.... Testimoni Baja "Pakar Membesarkan Buah"

Salam geng... rasanya dah lama aku x update blog nie. Al maklumlah cuti panjang... HAri Guru & Hari Wesak sekali harung.....So rasanya x lambat aku nak wish SELAMAT HARI GURU kepada sahabat2 guru sekalian x kira di mana anda berada...terutama pada Cikgu Zarini, Cikgu Marina, Cikgu Lela, Cikgu Zila, Cikgu K.Apit, Cikgu K.Azah, Cikgu Bahareena, Cikgu Ayein etc. (rasanya ramai kengkawan aku yg merupakan seorg pendidik kan???) x dapek lah nak tulis semua... :)

Kat sini aku nak share citer pasal pengguna baja EZIGROW. huhhh.... pernah dengar x nama baja nie??? baja ni mmg POWER beb.... bole guna pd semua jenis tanaman terutanya kelapa sawit. Hasilnya......pergggghhhh mmg berganda2.... bole tngok gambar & video bawah ni kalu x percaya..!!! hehehe....


Testimoni 1 : En. Razak (Felda Mayang, Pahang)
Sejak menggunakan baja ni selama 3 bulan, hasil tanaman sawit waktu melawas (biasa org dpt 2 tan) tp En.Razak boleh dapat 7 tan ++. (kredit to Halil...Tq)

Testimoni 2 : En. Mohd Nor (Felda Jenderak Utara)
En.Mohd Nor sudah menggunakan baja ini sejak 10 tahun yg lalu. Beliau sgt berpuas hati dgn hasilnya. Bestt......Tahniah Ezigrow!!!

Testimoni 3 : Tanaman Pisang Tanduk



So...itu saja perkongsian dr saya... apa2 pun boleh lah PM saya kay!!! Selamat membaca..... :)

Tuesday 10 May 2011

Cerita Tauladan

Dua Orang Pengembara dan Seekor Beruang


Dua orang pengembara Si Abu & Si Ali berjalan mengembara bersama-sama melalui sebuah hutan yang tebal. Saat itu tiba-tiba seekor beruang yang sangat besar keluar dari semak-semak berhampiran mereka.


Si Ali, hanya memikirkan keselamatannya dan tidak menghiraukan temannya lalu dia memanjat pada sebuah pohon yang berada dekat dengannya.

Manakala Si Abu pula, merasakan dia pasti tidak dapat melawan beruang yang sangat besar itu sendirian, melemparkan dirinya ke tanah dan berbaring diam-diam, seolah-olah dia telah meninggal. Dia sering mendengar bahwa beruang tidak akan menyentuh haiwan atau orang yang telah meninggal.

Si Ali yang berada di pohon tidak berbuat apa-apa untuk menolong Si Abu yang berbaring. Entah hal ini benar atau tidak, beruang itu sejenak mengendus-endus di dekat kepalanya, dan kelihatannya puas bahwa korbannya telah meninggal, beruang tersebutpun berjalan pergi.

Si Ali yang berada di atas pohon kemudian turun dari persembunyiannya dan bertemu Si Abu lalu bertanya,

"Kelihatannya seolah-olah beruang itu membisikkan sesuatu di telingamu," katanya. "Apa yang di katakan oleh beruang itu ?"
"Beruang itu berkata," kata Si Abu, "Tidak bijaksana berjalan bersama-sama dan berteman dengan seseorang yang membiarkan dan tidak menghiraukan temannya yang berada dalam bahaya."
Kemalangan dapat menguji sebuah persahabatan
barisan pelakon : ayol, darwisy, eja & hanin (tadika tahfiz raudhatul iman)
majlis konvokesyen TTRI 2010


Majlis Cukur Jambul & Doa Selamat

Ni story bulan lepas, tp baru la ni sempat nak upload kt blog. Oleh sbb gambau nya baru je dapat, so citer nya pun lambat lah sikit....yek!!!! hehehe....
Alahai... ni anak saper lah yg gaya ala2 hindustan nie...main sorok2 pulak :)

Budak berdua ni kalu time baik...baik ler dia. Time gaduh... tau2 ajer lah. hahaha....
Ni geng pencuci pinggan....

Ni si comel yg di rai... Atiqah Fariah

Thursday 5 May 2011

Breathing New Life to a Youthful you...La Praise

The Combination of Science & Nature
Gambarajah ini merupakan Rumusan Aktif yang terkandung dalam produk penjagaan kulit La Praise yng diformulasikan dari Switzerland....
For detail story, please click here

Tuesday 3 May 2011

Mari kite go fishing bersama Darwisy....

Cuti Hari Buruh smlm aku bawak anak2 gi memancing kt kolam. Tempat ni 'Catch & Release'... x bole bwk balik ikan tue...sbb depa mmg ternak.Anak2 mmg xcited nak memancing....tp bila dah tiba di tempat kejadian, mulut depa yg lebih pot-pet...pot-pet jer... (mana lah nak dpt ikan kalu bising kan??? ) hahaha.....

Pastu... pas setengah jam lempar joran...dok bising pulak "mana ikan ni mummy???" "kenapa ikan x makan umpan Amir???" hushhh....penat tul lah nak menjawab & soh depa sonyap :)

Time ni, time Amir isi tangki minyak..... hahaha... dan yg bestnya, time sonyap ni lah pancing kami dimakan ikan..... terus Amir bangun buang botol, konon2 nak naikkan ikan tue... hehehe. Babah pun bagilah can kt depa sorang2 pegang pancing time ikan dok tarik joran.... x dpt dibayangkan perasaan depa :) :)
saat2 manis time nk naikkan ikan....
Orait.... pas lebih 10 minit bertarung ngan ikan tue... akhirnya Awisy berjaya menaikkan seekor ikan patin yg seberat 10kg..(hehehe...iya ker 10kg???) lebih kurang kot.....


Ni ikan patin yg kami dpt...
Best....best...best

Amir cam biasa... takut ikan. Belakang, ckp pandai!!!
Itu jer lah sekor ikan yg kami dpt utk kali nie.... yg lelain merajuk kott, sbb pastu depa dok wat bising....
Mmg semalam, sumer org dpt ikan patin besar2..... saat manis sbg kaki pancing ialah bila berjaya naikkan ikan sekerap yg mungkin.............. itu tandanya 'umpan' yg depa guna mmg power....
(pssst...nak tau 1 rahsia??? ikan2 kt kolam ni suka makan roti ghupanya....mostly yg mmg dah biasa mancing kt sini bwk berbundle2 roti....)
Adiooosss..............amigosss.................. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...